Variasi Susu yang Semua Orang Patut Tahu

Terdapat ramai orang di luar sana yang tubuh tidak mempunyai toleransi terhadap susu lembu. Oleh itu, pelbagai alternatif dicari untuk mendaptkan khasiat susu tanpa memberikan sebarang masalah terhadap tubuh. Pakar nutrisi, Kerry Torrens telah melihat pada beberapa pilihan paling popular dan memberi penjelasan lanjut mengenai setiap alternatif tersebut.

Apabila anda berjalan di pasaraya dan melihat pada pilihan yang terdapat pada bahagian tenusu, anda akan mendapat terdapat beberapa variasi susu yang tersedia seperti susu lembu, susu kambing, susu soya, mahupun susu badam. Permintaan terhadap susu-susu ini masih ada disebabkan tidak ramai orang yang boleh menerima susu biasa.

Antara sebab terhadap situasi ini adalah tubuh setiap orang berbeza dan tidak semua dapat menerima susu yang sama seperti yang lain. Susu lembu contohnya adalah susah untuk dihadam dan beberapa simptom seperti kembung, angina dan cirit -birit selalunya dikaitkan dengan susu ini. Hal ini mungkin disebabkan oleh tahap enzyme lactase yang rendah menyebabkan tubuh susah untuk menghadam laktos (gula) yang ada dalam produk tenusu. Terdapat juga individu yang mungkin sememangnya tidak dapat bertoleransi dengan protein susu lembu atau mempunya alahan lebih serius terhadap produk tenusu.

Susu skim, separa skim, atau lemak penuh?

Kajian terbaru mendedahkan bawah susu skim tidak semestinya boleh dijadikan pilihan yang paling sihat. Benar ianya rendah dengan lemak dan kalori berbanding susu biasa, dan lebih sedikit jumlah kalsiumnya tetapi beberapa pakar mencadangkan bahawa lemak tepu dalam makanan tenusu mungkin tidak menjadi masalah kepada kesihatan hati. Malah, apabila mengambil susu skim kita mungkin kehilangan nutrisi lemak larut seperti vitamin A dan E.

Susu separa skim pula sangat rendah dalam jumlah lemak menjadikan ia makanan rendah lemak, tetapi ianya juga mempunyai vitamin larut lemak yang rendah berbanding susu lemak penuh. Oleh itu, pastikan anda mendapatkan vitamin larut lemak daripada sumber lain seperti salad berwarna terang atau sayuran yang dihidangkan dengan dressing minyak seperti minyak zaitun.

Baik untuk Bayi

Adalah digalakkan untuk menyusu bayi anda secara semulajadi pada 6 bulan pertama kelahiran mereka. Selepas itu, anda boleh meneruskan untuk menyusu bersama makanan pejal pertama  mereka. Daripada umur setahun, susu lembu penuh mungkin boleh diberi sebagai minuman. Susu semi skim pula boleh dijadikan pilihan apabila mereka mencecah umur 2 tahun dan susu skim hanya patut diberikan ketika umur mereka mencecah 5 tahun. Sentiasa bertanya kepada dietitian untuk nasihat jika anda mempunyai sebarang keraguan tentang penyusuan bayi anda atau alahan susu. Beberapa alternative seperti susu soya mungkin juga tidak boleh diambil.

Buat pilihan susu yang tepat.

Lihat panduan kami di bawah untuk beberapa pilihan susu terbaik buat tubuh anda. Samada anda memilih susu tenusu atau tidak, sentiasa masukkan sumber bukan tenusu yang kaya dengan kalsium ke dalam diet anda seperti tuna dan sardine dalam tin,sayuran hijau, kacang dan bijian termasuk badam atau biji bijan. Gabungkan makanan ini dengan sumber Vitamin D seperti telur dan ikan yang kaya dengan minyak. Vitamin D membantu tubuh membina kalsium yang lebih.

1)Susu Lembu

Susu lembu merupakan sumber semulajadi yang kaya dengan protein dan kalsium. Susu organik seperti lembu mengandungi tahap omega 3 lemak asid yang lebih tinggi  kerana mereka kurang pendedahan terhadap antibiotik dan racun perosak. Sesetengah orang menyukai susu lembu yang di-homogenisasi, bermaksud molekul lemak akan dipecahkan membuatkan susu tersebut lebih mudah untuk dihadam.

Baik untuk: Bijirin cereal, bubur dan minuman panas dan apa-apa yang bernutrisi secara semulajadi
Rasa: Lembut dan berkrim
Masakan: Sesuai dibuat sos atau masakan pastry

2)Susu Kambing

Susu kambing adalah sumber susu semulajadi dan menyerupai susu lembu

Baik untuk: Mereka yang tidak dapat menerima susu lembu kerana ianya mempunyai partikel lemak yang lebih kecil dan kurang laktosa. Enak di dalam the, kopi atau minuman coklat panas
Rasa: Kuat, rasa yang ketara, sedikit manis dan ada rasa sedikit masin di hujungnya
Masakan: Sesuai untuk hampir semua resipi

3)Susu Kacang Soya

Boleh dijadikan alternative yang sesuai dan boleh dibandingkan daripada segi kandungan proteinnya kepada susu lembu selain sifatnya yang rendah lemak. Produk berasaskan soya boleh membantu menguruskan tahap kolestrol,walaupun tubuh anda hanya memerlukan protein soya sebanyak 25g, atau 3 hingga 4 gelas susu soya sebagai alternative dalam sehari. Sesetengah jenama juga dikuatkan lagi dengan Vitamin A, B12 dan D.

Baik untuk: Pengamal minuman bukan tenusu yang mencari pilihan rendah lemak. Perisa jenama yang dibeli dan pastikan ia termasuk Vitamin A dan D. Campur dengan baik di dalam teh dan kopi.
Rasa: Berkacang dan tebal, tetapi tidak payau
Masakan: Sesuai untuk masakan pastri

4) Susu Badam

Susu badan adalah campuran buah kacang badam dan air dan kaya dengan kalsium dan Vitamin D serta B12. Setiap jenama berbeza dalam penggunaan kacang badam di dalam produk mereka dan selalunya akan memasukkan pengemulsi dan penstabil. Oleh itu, baca label dengan berhati-hati.

Baik untuk: Vegan dan sesiapa yang sedang mengelak produk berasaskan haiwan dan juga kerana ianya kaya dengan vitamin B12. Nikmatinya dengan minuman panas tetapi rasa yang lebih padu di dalam kopi.

Rasa: Rasa berkacang yang halus. Pilihh yang tidak manis untuk kegunaan harian
Masakan: Gunakan dalam kuantiti yang sama dengan susu lembu.

5) Susu Pasteur

Susu Pasteur adalah susu mentah yang telah dipanaskan kepada suhu dan masa tertentu untuk membunuh pathogen yang mungkin ditemui di dalamnya. Patogen merupakan mikroorganisma seperti bakteria yang membuatkan kita sakit. Susu mentah boleh mengandungi patogen seperti Campylobacter, E. coli O157:H7, Salmonella, Listeria dan bakteria lain. Susu mentah termasuk susu daripada lembu, kambing, biri-biri dan haiwan tenusu lain. Vitamin A dan D mungkin ditambahkan terhadap susu tersebut.

Baik untuk: Mereka yang mementingkan keselamatan, ketahanan dan kebersihan produk tensusu yang diambil.

Rasa: Hampir serupa dengan susu biasa
Masakan: Digunakan untuk masakan kebiasaan

6) Susu Gajus

Satu cawan susu gajus hanya memberikan anda 25 kalori, 2g lemak dan 0g lemak tepu. Tidak seperti susu lembu, susu gajus tidak mempunyai kandungan gula semulajadi. Oleh itu tahap gula dalam darah tidak akan naik mendadak. Satu satu susu gajus juga memberikan 50% keperluan Vitamin E yang diperlukan setiap hari dan bagus untuk kulit.

Walaubagaimanpun, susu ini rendah dengan kandungan protein iaitu sebanyak 1g sahaja secawan. Namun anda tidak perlu risau, oleh kerana jumlah kalori yang diberikan susu ini hanyalah 25 kalori, anda mempunyai ruang yang lebih untuk menambahkan protein daripada sumber lain!

Baik untuk: Tidak boleh menerima produk laktos dan mementingkan alternative vegan kepada produk tenusu.
Rasa: Kaya dan berkrim serta berkacang
Masakan: Sedap dijadikan smoothie dan pelengkap sarapan bersama bijirin penuh seperti sereal gandum, muesli, oat atau kuinoa.

7) Susu Walnut

Susu walnut kaya dengan Omega 3 yang baik untuk kesihatan otak. Omega 3 juga baik untuk sistem peredaran darah, sebagai antioksidan dan tahap mineral. Satu cawan susu walnut hanya memberikan 54 kalori! Selain itu, walnut juga baik untuk melatonin. Melatonin merupakan hromon yang akan mengawal kitaran tidur dan mempromosikan tidur yang lebih nyenyak. Vitamin E juga banyak terkandung dalam walnut. Vitamin E memberikan kesihatan otak yang lebih baik. Ia menghalang tekanan oksidatif dan kerosakan di otak.

Walnut mempunyai asid L-arginin yang dapat membantuk sistem vascular. Arteri dan uratan yang berada dalam sistem ini membawa oksigen dan nutrisi ke seluruh badan sambil membuang tisu yang tidak diinginkan.

Walnut juga merupakan sumber terbaik bagi lemak asid penting omega-3 berasaskan tumbuhan. Ia membantu tubuh mengekalkan tahap kolestrol yang baik selain merendahkan tahap dapah, menghalang serangan jantung dan pengerasan arteri.

Baik untuk: Tidak boleh menerima produk laktos dan mementingkan alternative vegan kepada produk tenusu.
Rasa:Berkrim, lembut, earthy
Masakan: Sedap dijadikan smoothie, latte, dimakan bersama oat

Setelah anda mengenali semua khasiat susu-susu di atas, anda bolehla membuat pilihan dengan lebih bijak untuk kesihatan tubuh anda pada jangka masa panjang.

Bagi yang sedang berdiet, susu-susu yang diberikan di atas boleh dijadikan alternatif kepada susu lembu yang mempunyai kalori yang lebih tinggi. Mereka yang berdiet dan pada masa sama tidak boleh mengambil laktos juga boleh mula melihat pilihan-pilihan diberikan di atas. Sekarang anda boleh menikmati susu sambil menurunkan berat badan anda.

Untuk tips kesihatan lain dan penurunan berat badan, sila lawati laman web kami https://tkonutrition.com.my/product/mega3-0/ untuk maklumat lanjut. Selain teknik pengambilan susu, ada lebih banyak lagi cara pemakanan lain yang bakal kami kongsikan.

Selamat mencuba!

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10% OFF

Dapatkan diskaun 10% untuk pembelian pertama dan jadi yang terawal untuk mengetahui tentang produk dan info terkini daripada kami