Turun Berat Badan Cara Purba dengan Paleo Diet

Diet Paleo merupakan sejenis plan diet berasaskan makanan yang diambil oleh manusia purba pada zaman Paleolitik yang bertarikh lebih kurang 2.5 juta hingga 10 ribu tahun yang lalu.

Diet Paleo secara umum mengandungi daging tanpa lemak, ikan, buah-buahan, sayur-sayuran kekacang dan bijian di mana makanan-makanan ini boleh didapati melalui aktiviti perburuan atau ketika berkumpul beramai-ramai. Diet paleo ini terhad kepada makanan yang sumbernya telah sedia ada sebelum muncul makanan kebiasaan yang boleh didapati setelah pengetahuan dan teknologi pertanian lahir 10 ribu tahun yang lalu. Makanan-makan kebiasaan ini termasuk produk tenusu, kekacang dan bijirin.

Antara nama lain untuk Diet Paleo termasuk Diet Paleolitik, Diet Zaman Batu, Diet Pemburu, dan Diet Orang Gua.

Tujuan

Tujuan Diet Paleo adalah untuk mengembalikan cara pemakanan yang lebih menyerupai makanan manusia zaman awal. Diet ini menyatakan bahawa badan manusia sudah tidak padan secara genetik dengan diet moden yang muncul selepas kaedah pertanian tiba.

Pertanian telah mengubah apa yang manusia makan dengan kelahiran makanan tenusu, bijian dan kekacang sebagai makanan ruji dalam diet manusia. Diet yang sudah lewat dan agak pantas ini menurut hipotesis telah melangkaui keupayaan badan untuk menyesuaikan dirinya dengan makanan tersebut. Ketidakpadanan ini dipercayai telah menyumbang kepada faktor yang memberi peningkatan terhadap obesity, diabetes dan sakit jantung pada hari ini.

Ikut Diet Paleo jika anda ingin:

  1. Turunkan berat badan atau kekalkan berat badan
  2. Ingin merancang pemakanan

Butiran lanjut mengenai Diet Paleo

Cadangan pemakanan adalah berbeza mengikut setiap Diet Paleo, dan sesetengah pelan diet mempunyai panduan yang lebih ketat daripada yang lain. Secara umum, Diet Paleo mengikuti panduan berikut.

Apa yang boleh dimakan:

  1. Buah-buahan
  2. Sayur-sayuran
  3. Kekacang dan bijian
  4. Daging tanpa lemak terutamanya daripada haiwan yang memakan rumput
  5. Ikan terutamanya yang tinggi dengan Lemak Asid Omega-3 seperti Salmon, Makerel dan Tuna
  6. Minyak daripada buah-buahan dan kekacang seperti minyak zaitun atau minyak kacang walnut

Apa yang perlu dielakkan:

  1. Bijirin seperti gandum, oat dan barli
  2. Kekacang seperti kacang, lentil, dan pea
  3. Produk tenusu
  4. Gula halus
  5. Garam
  6. Kentang
  7. Makanan proses

Menu tipikal harian Diet Paleo:

Sarapan: Salmon rebus dan cantaloupe

Makan Tenghari: Daging tanpa lemak yang direneh dan sayur salad (romaine, lobak merah, timun, tomato, walnut dan jus lemon)

Makan Malam: Ayam tanpa lemak dipanggang, brokoli kukus, salad (salad hijau campuran, tomato, avokado, bawang, almond, dan jus lemon) dan strawberi untuk pencuci mulut.

Snek: Oren, lobak merah, atau saderi

Diet ini juga menekankan kepentingan minum air masak dan menjadi aktif setiap hari. Sama seperti bagaimana orang purba akan keluar berburu atau meredah hutan mencari sumber makanan.

Hasilnya:

Beberapa percubaan klinikal secara rambang telah dilakukan untuk membezakan Diet Paleo dengan diet lain seperti Diet Mediterranean atau Diet Diabetes. Secara keseluruhan, percubaan ini mencadangkan bahawa Diet Paleo mungkin membekalkan beberapa kebaikan berbanding diet yang mengetengahkan buah-buahan, sayur-sayuran, daging tanpa lemak, bijirin penuh, kekacang dan produk tenusu rendah lemak.

Manfaatnya termasuk:

  • Penurunan berat badan yang lebih
  • Memperbaik tahap toleransi glukosa
  • Pengawalan tekanan darah yang lebih baik
  • Triglycerides yang rendah
  • Pengawalan selera yang lebih baik

Walaubagaimanapun, percubaan jangka panjang dengan kumpulan yang lebih besar yang ditugaskan terhadap diet berbeza secara rambang adalah diperlukan untuk memahami kesannya secara jangka panjang, manfaat kesihatan secara menyeluruh dan risiko lain yang mungkin timbul daripada Diet Paleo.

Beberapa persoalan mengenai Diet Paleo:

Persoalan mengenai diet ini termasuk mengenai pemilihan makanannya dan hipotesis di sebaliknya.

Kekhuatiran Diet Paleo:

Diet Paleo adalah diet yang kaya dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang di mana ianya merangkumi semua elemen diet yang sihat.

Perbezaan yang utama antara Diet Paleo dan diet sihat lain ialah ketiadaan bijirin dan juga kekacang yang diaggap sumber paling baik untuk serat, vitamin dan nutrisi lain. Ketiadaan produk tenusu yang bagus untuk protein dan kalsium juga tidak terdapat dalam diet ini.

Makanan-makanan ini bukan sahaja dianggap sihat, tetapi juga secara umum lebih murah dan mudah didapati berbanding makanan berasaskan haiwan yang memakan rumput dan kekacang. Buat sesetengah orang, Diet Paleo ini mungkin terlalu mahal.

Persoalan tentang Hipotesis Diet Paleo

Para pengkaji telah berdebat tentang asas kepada hipotesis Diet Paleo yang mungkin terlalu memudahkan sejarah bagaimana manusia mengadaptasi dengan perubahan dalam diet. Perdebatan untuk pemahaman yang lebih kompleks mengenai evolusi keperluan nutrisi manusia termasuk yang berikut:

  • Kepelbagaian diet berasaskan geografi, cuaca dan kesediaan makanan tidak hanya pada pertukaran terhadap pertanian tetapi juga bagaimana ianya membentuk evolusi keperluan nutrisi.
  • Kajian arkeologi telah menguatkan kenyataan bahawa diet manusia zaman awal mungkin telah dimasukkan dengan bijirin liar seawall 30,000 tahun yang lalu lebih awal sebelum pengenalan terhadap pertanian.
  • Kajian genetic menunjukkan yang revolusi yang ketara terus berubah selepas zaman Paleolitik termasuk perubahan yang berkaitan diet seperti peningkatan jumlah gen yang berkaitan dengan pemakanan berkanji.

Pointnya adalah:

Diet Paleo mungkin dapat membantu anda mengurangkan berat badan atau mengekalkan berat badan. Ianya juga mungkin mempunyai faedah kesihatan yang lain. Namun, buat tiada kajian klinikal jangka panjang mengenai faedah dan potensi risiko dalam diet tersebut.

Anda mungkin boleh mencapai faedah kesihatan yang sama dengan senaman yang secukupnya dan mengambil pemakanan yang seimbang, atau diet dengan jumlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak.

Apa pun diet yang dipilih, jangan lupa untuk menguatkan lagi sistem tubuh dengan Mega 3.0. Beri tenaga lebih terhadap kekurangan yang ada dalam apa jua pemakanan dan senaman yang anda lakukan.

Sumber: Mayoclinic.org

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10% OFF

Dapatkan diskaun 10% untuk pembelian pertama dan jadi yang terawal untuk mengetahui tentang produk dan info terkini daripada kami