MAKAN LEMAK TAPI TETAP BOLEH KURUS DENGAN MEGA 3.0?

Mengekalkan tahap konsistensi semasa berdiet bukanlah suatu perkara yang mudah. Lihat bagaimana peserta program kami dan pengguna Mega 3.0 merealisasikannya
Assalamualaikum,  

Saya Farhan dan sudah genap 2 bulan 19 hari saya mengawal pemakanan,bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang lebih aktif. Saya memulakan diet saya pada 16/4/2019 dan pada awalnya berat saya adalah 156.3kg.

Saya berasa amat tidak bersemangat apabila melihat bacaan berat badan sendiri. Namun, pada pagi 5/7/19, ketika saya timbang semula berat saya bacaan yang saya dapat adalah 137kg! Saya telah turun sebanyak 19.3kg dalam masa 2 bulan 19 hari.

Saya akui memang banyak halangan dalam berdiet tetapi dengan persediaan dan kekuatan minda, semua orang pasti dapat mengharunginya. Saya juga telah banyak kali berasa tidak bersemangat untuk meneruskan tetapi saya mendapat dokongan daripada orang-orang tersayang seperti coach dan rakan-rakan sehingga saya berjaya melakukannya hingga hari ini.

Berikut merupakan amalan-amalan saya yang anda boleh ikuti:

Motivasi

Apakah sebab atau alasan kita untuk turunkan berat badan. Apabila rasa down, ingat
semula kenapa kita bermula dan pasti dapat memberikan kekuatan untuk kembali bangkit
dan meneruskan usaha kita.  

Jangan takut dengan perkataan LEMAK!

Nasihat saya, seseorang yang ingin menurunkan berat badan perlulah berani mengubah
cara pengambilan makanan. Setiap pemakanan yang lengkap dengan protein dan sayuran
boleh juga diikuti dengan lemak. Namun lemak tersebut haruslah lemak yang sihat.
Contohnya lemak yang terkandung dalam minyak zaitun, kelapa, atau mentega.  Tetapi di
Malaysia, makanan yang kaya dengan lemak tepu seperti dalam mayonis, lemak haiwan,
atau makanan goreng amat digemari. Saya nasihatkan anda semua yang saya anggap
seperti rakan untuk tinggalkannya!                           

Bersenam is a must!

Bersenam juga penting untuk proses pembakaran lemak yang lebih cepat. Boleh juga untuk
tidak bersenam, tetapi hasilnya tentulah sedikit lambat. Kalau kita inginkan hasil yang cepat,
tentulah kita harus selalu bersenam. Tujuan bersenam tidak hanya untuk menurunkan berat
badan, ia merupakan satu aktiviti kesihatan yang mesti diamalkan semua orang.

Bersenam telah menjadi satu perkara yang saya enjoy apabila telah menjadi rutin
Doa itu senjata

Doa adalah penting kerana ia merupakan senjata rahsia setiap hamba. Selepas solat, berdoalah kepada tuhan agar permintaan kita dimakbulkan. Sebagai contoh, berdoalah supaya urusan kita untuk menurunkan berat badan dipermudahkan. Selain itu, minta sokongan daripada sesiapapun yang diyakini boleh memberikan kita semangat dan minta mereka supaya sentiasa mendoakan  kesihatan kita. Insya-Allah antara doa-doa mereka, pasti akan ada yang dimakbulkan.

Disiplin dengan tubuh dan minda

Tetapkan masa untuk bersenam dan makan yang akan kita ikuti secara konsisten setiap hari. Melalui cara ini, kita akan dapat mengekalkan rutin diet kita dengan lebih mudah dan lama-kelamaan kita akan rasa kesal jika kita melanggar masa yang kita telah tetapkan sendiri. Insya-Allah, dengan tips yang saya beri ini dapatlah rakan-rakan seperjuangan saya seperti anda amalkan. Sampaikan juga amalan-amalan sihat ini kepada mereka yang memerlukan.

Being confident is the key

Sekian, assalamualaikum.

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10% OFF

Dapatkan diskaun 10% untuk pembelian pertama dan jadi yang terawal untuk mengetahui tentang produk dan info terkini daripada kami