Lelaki ini kongsi tips hilang 10 kg sebulan tanpa berlapar.

Kisah Ayie yang berjaya mendapatkan tubuh badan idamannya. Kita boleh mengambil iktibar dan nasihat yang saudara Ayie dah coretkan di blog ini. Semoga bermanfaat.

Bak kata orang la, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. bagi lelaki la, jika sesuatu yang diidamkan pasti akan menjadi. Yang penting semangat dan motivasi tinggi.

Lelaki comel ini bernama Ayie, bekerja sebagai seorang pomen kereta. Pada mulanya, “saya menyedari berat badan sudah tidak dapat menampung untuk melakukan kerja-kerja pomen kereta”. Berat awalnya 108Kg. Katanya bila berat badan dan berlebihan, beliau cepat berasa penat, nak bongkok pon susah apatah lagi nak mencangkung. Disebabkan itu beliau berazam untuk turunkan berat badan bagi memudahkan kerja-kerja pomen.

Perubahan Ayie sebelum dan selepas
Time ni dah nampak ada jawline
Dulu dan kini, dulu nak buat kerja pun susah, nak mencangkung tu yang payah, kena ada alas untuk duduk.

Diet saya pada awalnya ke laut juga, tak makan sarapan, makan lunch sikit, tapi tak turun. Saya rasa agak down jugak la. Sampailah saya jumpa cara diet yang amat senang iaitu diet kalori. Diet ini best kerana anda tidak perlu berlapar cukup sekadar anda jaga kalori intake in and out. Nanti saya ceritkan di bawah apa formula yang saya gunakan.

MASIH BOLEH MAKAN NASI

Kalau nak makan nasi saya akan ambil sebesar penumbuk saya je.

Saya ini penggemar nasi sebenarnya, susah nak tinggal makan nasi ni. So saya amalkan diet rendah kalori. Bila kita amalkan diet rendah kalori ni, cuma portion makan yang anda kena kawal sedikit la. Kalau boleh anda tukarkan beras ke beras perang lagi cun. Sayur benda penting dan wajib ada setiap hidangan makanan. Ambil sumber protin yang sihat seperti ayam panggang ke tapi kalau susah nak dapat, ikan atau ayam goreng pun boleh jugak sebenarnya, tapi make sure jangan ter “over load” bila ambil nasi tu.

JANGAN SKIP SARAPAN

 Hidangan capati mengandungi 80 kalori, 15 gram karbohidrat dan 3
gram protein serta sedikit lemak.

Jangan skip mana-mana hidangan. lagi-lagi sarapan pagi. Sebab apa, based on ilmu dari saya dapat, sarapan mencetus metabolisma harian anda. Tapi beragak jangan pula bantai nasi lemak 3 bungkus. Berbalik macam saya kata. Control kalori input. Selalunya saya akan buat sarapan kat rumah sebelum pergi kerja, saya amalkan telur separuh masak dua biji dan roti bakar. Kalau sarapan kat mamak saya akan order capati, sebab capati adalah pilihan yang lebih sihat dari roti canai dan sebagainya.

SAY NO TO MAKAN MALAM

Maksud tak makan malam ni bukan tak boleh makan terus. Makan la sebelum pukul 8 malam. Kalau dapat lagi awal lagi bagus. Sebab waktu malam ni kadar metabolisma kita pada kadar yang rendah. Selain itu, jika kita makan lewat, tempoh waktu kita masuk tido itu tidak sempat kalori nak terbakar dan jadi lemak la dekat perut anda.

SAY NO TO AIR MANIS

Jangan minum minuman manis. Ingat tau, setiap 1g gula bersamaan 4g kalori kepada tubuh badan. Itu baru 1g gula. Kalori dan gula yang tidak digunakan erti kata lain tak terbakar akan menjadi lemak dalam tubuh kita, akibatnya membuatkan orang cepat naik berat dan obesiti.air manis salah satu punca berat badan kita lambat turun.

SENAMAN & PENGIRAAN KALORI SEHARI

Saya buat senaman ni sikit je tak ada la sangat sebab badan gemuk sangat, so pergerakan agak terbatas. Saya jaga dari segi pemakanan. Pertama anda mesti kena tahu dulu jumlah kalori yang di perlukan dalam badan. Setiap orang berbeza dari segi jantina, tinggi, berat dan umur. Tak perlu pening-pening, just key in saja maklumat di applilasi ini, semua ia akan calculate nilai kalori diperlukan sehari.

Masukkan maklumat anda disini. Nanti ia akan kira semuanya.
Result akan keluar sama ada nak loose,maintain dan gain weight
Kalkulator lain juga aplikasi ini juga ada.


Buat anda yang ingin menurunkan berat badan dan kurus, boleh lah cuba ikuti langkah seperti BRO AYIE dengan mengamalkan diet kalori + MEGA 3.0.

Link untuk kira kalori seharian dan kalori intake. https://tkonutrition.com.my/kalkulator-kalori-harian/

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10% OFF

Dapatkan diskaun 10% untuk pembelian pertama dan jadi yang terawal untuk mengetahui tentang produk dan info terkini daripada kami