Bahaya jerebu dan apa yang anda patut tahu

bahaya jerebu

Tahukah anda bahawa saiz zarah jerebu yang bersaiz 2.5 mikron boleh meresap terus ke dalam tisu paru-paru berbanding zarah jerebu bersaiz 10 mikron yang masih dapat dihalang oleh hidung. 

Indeks Pencemaran Udara (IPU) hampir di seluruh negara telah mencatatkan bacaan melebihi 150 ke atas. Hal ini menunjukkan situasi jerebu di negara yang semakin kritikal. Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan beberapa kondisi kesihatan yang memudaratkan. Pakar Runding Respiratori, Institut Perubatan Respiratori, Datuk Dr Abdul Razak Muttalif berkata, pada jangka panjang, zarah jerebu akan merosakkan sel-sel DNA dalam badan manusia. Sel-sel yang rosak ini atau bertukar menjadi mutasi boleh berubah daripada normal menjadi sel kanser.

bahaya jerebu

Oleh itu, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk melindungi tubuh kita daripada masalah jerebu yang akan melanda negara pada setiap hujung tahun? 

1) Elak berada di kawasan luar dan udara tercemar

Bagi yang sukakan aktiviti aerobik, zumba, atau yoga tinggalkan buat sementara waktu kerana aktiviti ini akan membuatkan anda menarik nafas dalam. Asap rokok di udara juga boleh membahayakan pernafasan. Elakkan merokok kerana toksin yang sama juga ada pada udara jerebu. Hal ini akan menggandakan lagi risiko pencemaran jerebu terhadap paru-paru. 

2) Kekal ‘indoor’ dan pastikan udara bersih

Sentiasa tutup tingkap dan pintu. Jika anda mempunyai penghawa dingin, pasangkan dan pastikan penapis udaranya juga bersih. Penggunaan penapis udara yang membuang menghilangkan zarah pepejal daripada udara dalam kawasan tertutup juga boleh membantu.

3) Pakai Topeng Muka

Terutamanya terhadap mereka yang sudah memiliki masalah pernafasan atau paru-paru dan mereka yang lemah kepada udara jerebu. Topeng muka jenis N95 adalah yang terbaik kerana ianya direka untuk memastikan zarah halus daripada menembusi sistem pernafasan akibat zarah pencemaran di udara. 

Anda juga boleh mencuba topeng muka biasa yang ada di farmasi atau kedai-kedai runcit namun keberkesanannya berbeza dengan jenis yang dinyatakan tadi. Namun, usaha yang ada boleh membantu sedikit sebanyak untuk mencegahnya daripada menjadi kesan jangka panjang.  

4) Kurangkan simptom-simptom yang hadir

Jerebu selalunya akan menyerang hidung, tekak, laluan pernafasan, kulit dan mata. Simptom yang paling utama adalah bersin, hidung berair, tekak menjadi kering, batuk dan sakit mata. Berikut antara langkah yang boleh diambil.

Laluan pernafasan:
Masalah bersin, hidung berair, tekak kering dan batuk boleh diubati dengan mengambil ubat batuk dalam bentuk cecair atau tablet yang ada di farmasi. 

Mata:
Titikkan ubat mata sebagai pelindung kepada mata yang berair. Hal ini akan membantu menghilangkan kompaun jerebu atau habuk yang masuk ke dalam mata.

Buat bayi pula, ada juga ibu-ibu yang menggunakan beberapa titik susu badan untuk menghilangkan kesakitan di mata bayi mereka.

5) Ramuan Buatan Sendiri

Terdapat beberapa kaedah ramuan yang boleh dibuat sendiri untuk melegakan kesakitan yang timbul akibat jerebu. Antara yang boleh dicuba adalah:

• Menghidu wap daripada air panas yang telah dicampurkan dengan minyak aromaterapi. Cara ini sangat membantu terutamanya dalam melegakan tekak yang kering. 

• Campurkan jus aloe vera dan oren pada kuantiti yang sama. Boleh juga cuba campurkan satu sudu besar madu dan minum setiap pagi untuk meredakan sakit tekak. 

• Cincang seulas bawang putih dan letakkan di dalam mangkuk kecil. Tambahkan dua sudu besar madu dan tutup dengan pembalut plastik. Tinggalkan semalaman dan ambil satu satu besar campuran tadi pada keesokan harinya untuk menahan masalah batuk. 

• Tambahkan dua sudu besar cuka epal dalam segelas air dan ambil beberapa teguk yang diperlukan. Cuka juga senang untuk larut dengan kahak dan meredakan keradangan. 

• Kumur dengan jus bayam yang bersuhu suam kerana dipercayai bagus untuk melegakan batuk.

6) Ubah Pola Diet

Jika jerebu berterusan dan anda tidak boleh mengelaknya lagi, pengambilan beberapa nutrisi yang membekalkan langkah pencegahan terhadap masalah pencemaran dalaman boleh membantu. Antara nutrisi yang berguna adalah:

• Vitamin A

Makanan yang kaya dengan vitamin A termasuk lobak merah, ubi kayu, manga dan bayam. Makanan seperti ini membantu melindungi mata, paru-paru, memudahkan pergerakan oksigen ke darah dan melindungi paru-paru daripada pencemaran udara. Vitamin A diperlukan untuk kelancaran membran mukus. Bahan kimia pengoksidaan dalam jerebu memusnahkan vitamin A yang tersimpan dalam tisu jantung dan secara tidak langsung mengurangkan tahap ketahanan badan menentang karsinogen (bahan yang menyebabkan tisu badan menjadi kanser). 

• Vitamin C dan E

Sebuah kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik daripada Universiti Yale telah menemui keupayaan Vitamin C dan E yang dapat bekerja bersama untuk memastikan tisu paru-paru menjadi sentiasa sihat. Suplemen harian keduanya boleh membina tingkat protein perlindungan yang dapat mencegah enzim yang dilepaskan ketika keradangan daripada memusnahkan ketahanan paru-paru. 

• Selenium

Penyelidik menyatakan bahawa selenium mengaktifkan glutathione peroxidase yang sama penting dengan enzim antioksidan di mana ianya mengekalkan tahap kekuatan tisu paru-paru. Makanan yang kaya dengan selenium termasuk bijiran, bijian dan juga ikan. 

• Cadangan pengambilan nutrient harian

Vitamin A : 5,000 unit
Beta-Carotine : (Diubah menjadi Vitamin A dalam badan)-25,000 unit
Vitamin C : 1,2000 miligram
Vitamin E :600 unit
Selenium :50-200 mikrogram


Semua di atas dalam dalam unit antarabangsa dan jika terdapat keraguan sila minta pendapat pakar perubatan terlebih dahulu.

• Sebagai tambahan, sila elakkan makanan yang tinggi kandungan lemak. Kandungan lemak yang tinggi telah dikaitkan dengan risiko tinggi kanser paru-paru. Lebihkan makanan seperti salad hijau dan sayuran mentah lain serta buah-buahan. Untuk kekal cergas dan sihat, amalkan pemakanan sihat dan bersenam di dalam kawasan rumah. Bagi mengekalkan tahap stamina, amalkan pengambilan Mega 3.0 untuk kesan yang lebih efektif.

https://tkonutrition.com.my/mega3-0/

Diharap pada musim jerebu yang mencabar ini, kesihatan anda akan terjaga dengan mengikuti panduan seperti yang kami berikan di atas. 

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bahaya-jerebu-halus-dalam-paru-paru-75555

https://www.asiaone.com/health/6-ways-beat-haze

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on pinterest

1 thought on “Bahaya jerebu dan apa yang anda patut tahu”

  1. Pingback: Boleh Bawa Kepada Penyakit Kanser, Ini Bahaya Akibat Peningkatan Titik Panas Di Indonesia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10% OFF

Dapatkan diskaun 10% untuk pembelian pertama dan jadi yang terawal untuk mengetahui tentang produk dan info terkini daripada kami